Issues View

Volume : 3 Issue :1 Month : January (2019)
PEMBENTUKAN NOVEL NIEHAI HUA DALAM KONTEKS MASYRAKAT PADA AKHIR DINASTI QING (THE FORMATION OF NOVEL NIEHAI HUA IN THE CONTEXT OF SOCIETY AT THE LATE QING DYNASTY)

Wong Soon Dee


 

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pembentukan novel Niehai Hua dalam konteks masyarakat pada akhir Dinasti Qing. Teori lapangan Bourdieu telah diaplikasikan dalam kajian ini dan novel Niehai Hua diletakkan dalam suatu lapangan yang berunsurkan masyarakat akhir Dinasti Qing untuk membincang secara menyeluruh tentang pengaruhnya terhadap penulisan novel Niehai Hua. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengalaman kehidupan dan latar masyarakat yang dialami oleh Zeng Pu telah mempengaruhi pemikirannya dalam penulisan dan pembentukan tema novel ini. Kandungan yang dihuraikan dalam novel Niehai Hua berkait rapat dengan realiti masyarakat, maka tema-tema novel ini telah merangkumi kritikan mengenai kemerosotan politik akhir Dinasti Qing, pendedahan tentang pencerobohan kuasa-kuasa imperialisme serta pujian terhadap ideologi pembaharuan dan revolusi. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan pengaruh latar masyarakat akhir Dinasti Qing dan latar belakang kehidupan Zeng Pu terhadap penulisan Niehai Hua adalah penting untuk memahami pembentukan novel ini secara terperinci. Implikasi kajian ini dapat membantu kita untuk membuat penilaian semula tentang kedudukan novel akhir Dinasti Qing dalam kesusasteraan China.

(This study was aimed to review the formation of the novel Niehai Hua in the context of the society during the late Qing Dynasty. Bourdieu’s field theory has been applied in this study and the novel Niehai Hua was placed in a field that characterises the society of the late Qing Dynasty in order to discuss thoroughly its influence over the novel writing. The findings showed that the life and background of the society experienced by Zeng Pu has influenced his thinking in the writing and the creation of the themes of the novel. The content described in the novel Niehai Hua was closely related to the reality of society. Hence, the themes of this novel include criticism of political decline of the late Qing Dynasty, exposure of the aggression of imperialism power and the compliment towards the ideology of reformation and revolution. As a conclusion, the background of the society during the late Qing Dynasty and biobibliography of Zeng Pu have influenced the writing of Niehai Hua which are important for us to understand the formation of this novel. The implications of this study helps us to make a reassessment of the position of the late Qing Dynasty novel in Chinese literature.)


Fulltext