Pengaruh kepercayaan dan kearifan tempatan terhadap amalan perubatan tradisional masyarakat Kadazandusun [The influence of local beliefs and wisdom on traditional medicine practices of the Kadazandusun community]
Keywords:
Local Wisdom, Medicine, Traditional, Kadazandusun, Kepercayaan, kearifan tempatan, perubatan, tradisionalAbstract
This study aims to identify the influence and belief of local wisdom in the traditional medical practices of the Kadazandusun community in Sabah. The research methodology used is a qualitative field study and data is collected from informants who are identified and reside in several districts in Sabah. An instrument that is an individual interview method (in-depth interview) through recording. The researcher obtains information from the respondent through the village head. They are traditional medicine practitioners who are a reference in the village based on their expertise in terms of the local beliefs and wisdom of the supporting community. The results of the study found that local beliefs and wisdom from previous ancestors contribute to the knowledge and information of traditional medical practices that have been inherited by the supporting community from generation to generation. The implications of the study, the effectiveness of the traditional medical methods that were inherited caused the supporting community to believe that the medical practice is still practiced to this day. In conclusion, skills in the method of preparing medicines from plants as well as the ability to interpret certain meanings can be used for traditional medicinal purposes. Through the study, it is expected that with the existence of several Kadazandusun language lexical items such as sogit (fine according to custom), bobolian (shaman), kombura (white chicken), sunduan (spirit) and so on help to form sources of terms in the Malay language as well as in various fields of knowledge knowledge related to the life of today's society such as animal husbandry, agriculture, nature and animals, plants, carpentry and so on.
[Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh dan kepercayaan kearifan tempatan dalam amalan perubatan tradisional masyarakat Kadazandusun di Sabah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan menggunakan kaedah kajian lapangan untuk mengutip data daripada informan yang dikenal pasti yang menetap di beberapa buah daerah di Sabah. Instrumen yang digunakan bagi mengumpulkan data ialah kaedah temu bual secara individu (in-depth interview) melalui rakaman. Pengkaji mendapatkan maklumat responden berkenaan melalui ketua kampong. Mereka ialah pengamal perubatan tradisional yang menjadi rujukan di kampung tersebut berdasarkan kepakaran mereka dari segi kepercayaan dan kearifan tempatan masyarakat pendukungnya. Hasil kajian mendapati bahawa kepercayaan dan kerarifan tempatan nenek moyang terdahulu menjadi penyumbang kepada pengetahuan dan maklumat terhadap amalan perubatan tradisional yang telah diwarisi oleh masyarakat pendukungnya secara turun-temurun. Implikasi kajiani ialah keberkesanan kaedah perubatan tradisional yang diwarisi menyebabkan masyarakat pendukungnya mempercayai bahawa amalan perubatan tersebut masih dipraktikkan sehingga hari ini. Kesimpulannya, kemahiran dalam kaedah penyediaan ubat-ubatan daripada tumbuh-tumbuhan dan kebolehan mentafsir maksud tertentu dapat digunakan untuk tujuan perubatan tradisional. Melalui kajian ini juga, diharapkan agar beberapa leksikal bahasa Kadazandusun seperti sogit (denda mengikut adat) bobolian (dukun) kombura (ayam putih), sunduan (semangat) dan sebagainya dapat membantu pihak yang berkenaan dalam pembentukan istilah dalam Bahasa Melayu khususnya yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat Kadazandusun seperti bidang perternakan, pertanian, alam dan haiwan, tumbuh-tumbuhan, pertukangan dan sebagainya.]
References
Abdul Samad Ahmad. (1990). Kebudayaan Secara Umum. Melaka: Associated Educational Distributor (M) Sdn. Bhd.
Amran Kasimin. (1998). Ilhim: Satu Aspek Perubatan Melayu Tradisional. Jurnal Budaya Melayu, Jil.5, 1982, hlm.131-157.
Appell, G.N. (1965). Reviews on William Thomas Rhys: The Dusun a North Borneo Society. Dibentangkan dalam Konvensyen Muallaf Sabah pada 26hb. Nov. 1998 di Berjaya Palace Hotel, Kota Kinabalu.
Dayu Sansalu. (2008). Kadazandusun di Sabah: Pendidikan dan Proses Pemodenan 1881-1967. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Haliza Mohd Riji .(2005). Prinsip dan amalan dalam perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya
Hamid, Rahimah, Ahmad Moghni Salbani, Saad Othman. (2014). Merekayasa Kearifan Tempatan Melalui Bahasa. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Hanafi Hussin. (2006). Seni persembahan sebagai perkakasan ritual pengubatan: Paluan Gandang dan Tari Sumazau dalam ritual monogit oleh Kadazan Penampang di Sabah. JATI: Journal of Southeast Asian Studies 11(12): 1-19
Julita Norjietta Taisin (2014). Sudawil : Dari aspek makna. Thesis PhD. Universiti Malaysia Sabah
Julita Norjietta Taisin (2017). Pumpunan Budaya Peribumi Di Sabah : Penyakit Dan Rawatan Dalam Kepercayaan Tradisional Kadazandusun. Universiti Malaysia Sabah : Kota Kinabalu
Lokman Abdul Samad. (2008). Memperkasa dan Melestarikan Sastera Tradisi Sabah. Dewan Sastera. Oktober :18-22.
Luping, Herman (8 June 2013). "Looking at the Origins of the Bobohizan". Daily Express Sabah. New York: Holt Rinehart and Winston, h. 132-136
Mohd, Taib Osman (ed).(1991). Pengkajian Sastera Rakyat Bercorak Cerita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd. Taib Osman (Peny.). (1991). Pengkajian sastera rakyat bercorak cerita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Muhammad Yusri Yusof Salleh &Mohd Anuar Ramli. (2019).Kearifan Tempatan dalam Amalan Masyarakat Melayu Terhadap Pesakit Sakaratul Maut: Satu Kajian Rintis.Conference: International Conference on Islamic Research in Management, Education, Sosial Sceinces and Technology (ICIRMEST2019 At: Kaizentrenovation, Tanjung Malim
Normadiah Nasir, Low Kok On, et el., (2017). Unsur Kepercayaan dan Kearifan Tempatan dalam MemoratPerubatan Tradisional Etnik Murut Tahol di Sabah. Jurnal Kemanusian Vol. 24, No. 2, (2017), 59–88. USM: Penang
Nuek, P. R. (2002). A Dayak Bidayuh Community: Ritual, ceremonies & festivals. Sarawak: Lee Miing Press Sdn. Bhd.
Pugh-Kitingan, Jacqueline. (2003). Alat-alat muzik dan muzik instrumental Kadazandusun Tambunan. Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah
Raymond Boin Tombung. (1997). Sedikit tentang masyarakat Dusun dan Kesusasteraannya. Dalam Shamsuddin Jaafar (penyel.). Sastera dalam Masyarakat Majmuk Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2018). Ngalai: Ritual Penyembuhan dalam Kalangan Orang Bajau di Kota Belud, Sabah. Akademika 88(3), September 2018:101-112 https://doi.org/10.17576/akad-2018-8803-09
Shop4Author. (2012). Top Selling Products for Clifford Geertz. http://www.shop4author.com/ Clifford%20Geertz [28 Januari 2012]
Sintian, Minah. (2012). Mantera atau Rinait Kadazandusun: Tinjauan Dalam Aspek Pengamal dan Fungsinya Dalam Kehidupan. Dicapai daripada 272355029_MANTERA_ATAU_RINAIT_KADAZANDUSUN_TINJAUAN_DALAM_ASPEK_PENGAMAL_DAN_FUNGSINYA_DALAM_KEHIDUPAN
Suraya Sintang.(2003). Penganutan Agama Islam dan Krisitian Di Kalangan Masyarakat Kadazandusun Di Sabah. Jurnal Usuluddin, Bil 18 [2003] 59-80 Universiti Malaya.
Syamsul Azizul, Mohd Nur Hidayat & Mohd Anuar.( 2019). Unsur Kearifan Tempatan dalam Adat Kematian Masyarakat Bajau di Sabah: Analisis dari Perspektif Hukum Islam. Jurnal Pusat Penataran Ilmu &Bahasa Universiti Malaysia Sabah.
Yusri Yusof @ Salleh. (2010). Unsur Kearifan Tempatan dalam Pengurusan Jenazah Alam Melayu. Conference: Lecic 2016. Vol. 1. UiTM: Perak
Published
PDF Downloads: 0
Issue
Section
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.