Teaching and learning of picture-based composition writing in primary school curriculum in Singapore [Pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan berdasarkan gambar bersiri dalam kurikulum pendidikan sekolah rendah di Singapura]

Authors

  • Mohamed Noh Daipi Director Malay Language Center of Singapore, Malay Language Center of Singapore, Academy of Singapore Teachers, Ministry of Education Singapore.
  • Fadilah Isnin Principal Master Teacher, Malay Language, Malay Language Center of Singapore, Academy of Singapore Teachers, Ministry of Education Singapore.

Keywords:

penulisan, karangan bergambar, sukatan pelajaran, kurikulum, sekolah rendah, writing, picture composition, syllabus, curriculum, primary school

Abstract

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah antara lain menekankan kepentingan pengajaran dan pembelajaran (PdP) penulisan karangan sejak Darjah 1 (Tahun 1, T1). Penulisan Karangan Berdasarkan Gambar Bersiri (PKBGB) diperkenalkan pada peringkat Tahun 3 (T3). Berdasarkan maklum balas guru, sumber PdP gambar bersiri bagi PKBGB yang terdapat dalam bahan-bahan PdP terbitan Kementerian Pendidikan, Pakej CEKAP dan MEKAR, tidak mencukupi bagi membina kemahiran tersebut dalam kalangan murid walaupun PKBGB diuji dalam peperiksaan akhir tahun di sekolah-sekolah bermula dari T3. Guru-guru juga menghadapi masalah untuk mendapatkan gambar bersiri (GB) yang bersesuaian dengan topik-topik unit yang terdapat dalam kedua-dua pakej PdP tersebut. Guru juga memerlukan masa yang lebih lama untuk menyediakan sendiri GB yang berkaitan dengan topik. Terdapat juga persoalan mengenai kesahihan ujian apabila guru menggunakan semula GB yang dibeli daripada vendor bagi ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah untuk peringkat yang berlainan. Selain itu, guru juga menghadapi cabaran dalam menjalankan PdP secara berkesan terutamanya untuk murid-murid T3 kerana terdapat jurang besar antara kemahiran yang diajarkan kepada murid-murid T2 dan T3. Berdasarkan keperluan ini, Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) telah mengambil inisiatif menyediakan Pakej PKBGB untuk menyokong PdP berdasarkan keperluan kurikulum. Sejauh ini, seramai 126 guru telah dilatih menggunakan bahan ini dan mereka telah menjalankan uji cuba di sekolah masing-masing. Berdasarkan sesi uji cuba bahan yang dijalankan oleh 97 guru responden, kesemua guru melaporkan sangat setuju bahan yang disediakan selaras dengan topik dalam Pakej CEKAP dan MEKAR. Semua guru juga menyatakan mereka dapat menjalankan PdP dengan lebih berkesan melalui strategi yang disarankan. Oleh itu, bahan PKBGB yang selaras dengan kandungan kurikulum dan disokong dengan strategi yang berkesan penting bagi memastikan pencapaian hasil pembelajaran dalam kalangan murid.

[

The primary school Malay Language syllabus emphasises on the teaching and learning (T&L) of writing skills since Primary 1 (P1).  The picture-based composition writing (PbCW) was introduced at P3. Based on teachers’ feedback, the the resources for T&L of PbCW  found in the CEKAP and MEKAR packages, published by the Ministry of Education, are not sufficient to develop composition writing skills among pupils even though PbCW was tested in end-of-year-examinations in schools. Teachers also faced problems to source for the appropriate picture-series that are aligned with the topics available in both packages. In addition, teachers also need more time to produce picture-series that are related to the topics. These problems raised the issue of validity of the school-based examinations when teachers re-use the picture-series resources purchased from external vendors. Teachers also face challenges in implementing T&L effectively, especially for P3 pupils because there is a huge gap between the skills taught in P2 and P3 classes. Based on these needs, the Malay Language Centre  of Singapore (MLCS) took initiatives to produce the PbCW Package to support T&L that are aligned with curriculum requirements. To date, 126 teachers have been trained to use the resources and trialled them in their respective schools. Based on the trialling exercise conducted by 97 respondents, all of them reported strongly agree that  the resources provided are aligned with topic of units available in CEKAP and MEKAR packages. All respondents stated that they were able to implement the suggested T&L more effectively based on the recommended strategies. Hence, the PbCW resources  that are aligned with curriculum content and well supported by effective strategies are important to ensure pupils’ learning are enriched and enhanced.]

References

Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Siri pendidikan guru: Bahasa Melayu II. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Noor (2005). Menulis membina ketrampilan berfikir. Pelita Bahasa Julai 18 (7): 12-14.

Kementerian Pendidikan Singapura (2014). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Singapura.

Frey and Fisher (2008). Teaching visual literacy. California:Crown Press.

Abdul Rashid dan Norhayat Marzuki (2005). Persepsi guru terhadap penggunaan teknik permainan dan simulasi. Prosiding seminar pendidikan: Pendidikan untuk Pembangunan Lestari. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Che Zanariah Che Hassan dan Fadzilah Abd Rahman (2011). Pelaksanaan pengajaran dna pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1):67-87.

Kementerian Pendidikan Singapura (2017). Pakej CEKAP P3. Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Singapura.

Kementerian Pendidikan Singapura (2017). Pakej MEKAR P5. Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Singapura.

Ann Raimes (1983). Techniques in teaching. California: Univeristy Press.

Donn Byrne (1988). Teaching writing skills. London: Longman.

Baptiste Barbot (2011). Essential skills for creative writing in Thinking Skills and Creativity, (Vol 7, pp. 209-223) https://www.sciencedirect.com/journal/thinking-skills-and-creativity/vol/7/issue/3

Mariam Md Saad (2011). Pengajaran kemahiran penulisan karangan naratif Bahasa Melayu menggunakan kaedah kata Tanya. Projek Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Haris Fadzilah Kassim (2002). Masalah menulis karangan dalam kalangan pelajar tingkatan empat: Satu kajian kes. Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Noor Azizah Ahmad (2006). Pengaplikasian teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta. Projek Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Nuraisah Mahmood dan Sanisah Rahim (2014). Kemahiran menulis: suatu kajian pengajaran bagi peningkatan kemahiran penulisan karangan melalui penggunaan frasa berbunga. Prosiding Seminar Bahasa Melayu, Menyemai Bahasa, Menuai Budi (pp171-179). Singapura: Pusat Bahasa Melayu Singapura, Kementerian Pendidikan Singapura.

Salinah Rahman dan Mohamad Fazlon Abdul Wahab (2016). Prosiding Seminar Bahasa Melayu, Menjana Inovasi, Memarak Inspirasi (pp399-410). Singapura: Pusat Bahasa Melayu Singapura, Kementerian Pendidikan Singapura.

Rosenshine, B. (1997). Advances in research on instruction. Mahwah NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Lai Lee Chung, Chin Hai Leng dan Chew Fong Peng (2017). Amalan pengajaran guru Bahasa Melayu tingkatan empat dalam penulisan karangan dari aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta pembelajaran kolaboratif. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, Bil.4. isu 1. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

A. Chellamal Bagavathy (2005). Mengatasi kelemahan murid menguasai aspek tatabahasa slam Bahasa Melayu melalui permainan bahasa. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA.

Http://www.web.apps.emoe.go.my/ipba/rdibpa/cd1/articles52.pdf

Jeyagobi a/i Dhamodarem (2008). Persepsi dan sikap guru Bahasa Melayu terhadap kemahiran menulis di sekolah rendah kawasan persiangan-Salinatan daerah Nabawan, Sabah: saru analisis. Jurnal penyelidikan Institut Perguruan Islam. Http://www.ipislam.edu.my/penyelidikan

Published

2020-04-01
Statistics
Abstract Display: 732
PDF Downloads: 3280

Issue

Section

Original Articles

How to Cite

Mohamed Noh Daipi, & Fadilah Isnin. (2020). Teaching and learning of picture-based composition writing in primary school curriculum in Singapore [Pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan berdasarkan gambar bersiri dalam kurikulum pendidikan sekolah rendah di Singapura]. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 4(2), 33-55. https://doi.org/10.33306/mjssh/62