The production of bean sprout with automatic spraying system for low functioning special needs students in SMK Datuk Haji Abdul Wahab
Penghasilan tanaman taugeh menggunakan sistem siraman automatik untuk pelajar-pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran kefungsian rendah di SMK Datuk Haji Abdul Wahab
Keywords:
Tanaman Taugeh, Masalah Pembelajaran, Kefungsian Rendah, Bean sprout growing, learning problem, low functioning categoryAbstract
Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan aktiviti penanaman taugeh yang menggunakan kaedah siraman automatik untuk pelajar-pelajar pendidikan khas kefungsian rendah di Program Pendidikan Khas Integrasi Smk Datuk Haji Abdul Wahab. Sampel kajian melibatkan 12 orang pelajar kefungsian rendah yang dikenal pasti melalui ujian diagnostik pendidikan khas. 12 orang pelajar ini tidak menguasai 3M berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik tersebut. Oleh itu, projek penanaman taugeh siraman automatik ini diperkenalkan melalui kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan menggunakan elemen seperti gambar, video dan pemerhatian. Projek ini telah dilaksanakan selama 5 bulan dan berjaya menuai hasil sebanyak 10 kali. Sebagai permulaan, sasaran pembeli adalah warga sekolah dan sekolah-sekolah yang berhampiran. Dapatan tinjauan kepuasan pembeli menunjukkan majoriti pembeli bersetuju bahawa taugeh yang dihasilkan bersih, harga berpatutan, berkualiti dan memenuhi citarasa. Projek di cadangkan untuk dikembangkan bagi pasaran lebih luas lagi.
[This action research is to identify the effectiveness of the activity bean sprout growing by the automatic spraying system for students with special needs who are in the low functioning category in Smk Datuk Haji Abdul Wahab. The research sample of this study are 12 students low functioning students identified by the diagnostic test. The teaching and learning process of this activity was conducted with teaching tools such as pictures, videos and observation. This activity project was carried out for the last 5 months and 10 times of havest. At the innitial stage, the bean sprouts were sold to the school teachers and several other schools nearby. Findings from the consumer survey reports that the majority of the respondents agrres that the bean sprout is fresh, reasonal price, high quality and satisfying. This project is suggested to be expended in a larger scale.]
References
Siti Nor Idayu Mohd Nassir. (2016). Pelaksanaan Program Transisi Kerjaya (PTK) Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Masalah Pembelajaran (MP) Siti Nor Idayu Binti Mohd Nassir. Universiti Tun Hussein Onn.
Ab Aziz Sulaiman, & Siti Rubiyani Omar. (2018). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Bagi Murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pembelajaran di Malaysia: Satu Tinjauan. (pp. 15–16).
Madinah Mohd Yusof, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Safani Bari, Wan Siti Zuraida Mohd Zain, Sazali Karli, & Nooraini Hassan. (2014). Jurnal Penyelidikan Pendidikan 2014. Jurnal Penyelididkan Pendidikan, (Smpkv 2005).
Aliya Sikandar. (2015). John Dewey and His Philosophy of Education. Journal of Education and Educational Development, 2(2), 191–201.
Kandan Talebi. (2015). Philosopher and Educational Reformer. European of Education Studies, 1(1), 1–13.
Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. New Jersey: Prentice- Hall.
Published
PDF Downloads: 463